Saturday, April 25, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2008/2009

Assalamualaikum dan Salam Muhibah...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya kerana kita dipertemukan sekali lagi dalam ruangan ini. Seungkap perkataan
maaf ingin saya luahkan kepada anda semua kerana semakin acap kali kurang mengemas kini segala data-data dan informasi yang sedikit sebanyak membantu anda semua dalam mengisi pekung dada yang inginkan cebisan-cebisan ayat yang boleh dijadikan sebagai wadah dalam mengharungi detik-detik masa yang ada kini.

Pejam, celik, pejam, celik sudah hampir tiba ke penghujungnya. Sebuah lagi kamus diari yang bakal kita sematkan sebagai salah satu lipatan sejarah yang mungkin membawa seribu satu erti yang mengajar kita bagaimana untuk berdiri tegak di atas muka bumi realiti ini. Belum terlambat rasanya jika saya mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 bagi Sesi 2008/2009. Ayuh, marilah kita bersama-sama mengisi masa senggang yang ada beberapa cuma untuk melengkapkan diri kita dengan segala persediaan dan kelengkapan yang mana mungkin dapat membantu kita semasa menjejakkan kaki di arena peperiksaan kelak. Semoga kita semua berjaya dengan cemerlangnya dengan apa yang ingin kita kecapi kelak. Insya Allah.

Bagi mereka yang bakl meninggalkan ruang lingkup persada Universiti Teknologi Malaysia kelak, diharapkan anda semua berjaya mencapai apa yang anda inginkan selama ini; selama mana anda menerokai alam universiti yang dipenuhi pelbagai rona kehidupan yang menghiasi dan mencorakkan perjalanan kehidupan anda semenjak anda pertama kali melangkah masuk melalui pintu gerbang tersebut. Semoga anda semua berjaya hendaknya. Insya Allah.

Tidak dilupakan juga kepada mereka yang masih lagi mempunyai baki perjalanan yang perlu dilaksanakan demi tanggungjawab kita sebagai seorang insan. Ibaratkanlah diri anda semua seperti sebuah bahtera yang belayar gagah menerjah segala arus dan gelombang yang bisa memusnahkan segala harapan dan impian nakhodanya. Namun, jangan mudah sekali-kali menyerah sebelum melangkah berperang. Pantang berundur sebelum ajal. Itulah kata-kata pepatah yang sinonim dilaungkan ketika situasi segolongan rakan-rakan kita yang berada dalam psikologi yang rendah semasa berhadapan dengan hikayat rona peperiksaan.

Saya berharap agar kita semua mampu melalui saat-saat sukar ini dan diakhirnya berjaya menakluki puncak kejayaan yang diidam-idamkan. Insya Allah. Akhir kalam, ceria-ceria selalu di samping menggunakan segal peluang yang ada kini bgi membuat persediaan dan persiapan terakhir bagi menghadapi baki-baki hari yang bakal muncul tiba. Selamat Mengulang Kaji.

Wassalam dan Salam Ceria...

No comments:

Post a Comment