Monday, February 16, 2009

Salam Pengenalan..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan..

Coretan pertama saya selaku Pengerusi JKM KRP utk sesi 2009 adalah utk bertukar-tukar pendapat dikalangan warga KRP semua.. Sudah menjadi satu tanggungjawab bagi saya, utk membawa apa2 isu atau permasalahan yg berlaku di kalangan anda semua ke pihak atasan.. Jika sesiapa mempunyai idea2 atau pendapat utk membangunkan lagi kolej, dari mana2 aspek terutamanya keceriaan, landskap,pengurusan dan kemudahan pelajar, bolehlah saudara/i maklumkan terus kpd mana2 JKM di bilik JKM atau postkan comment anda dlm tajuk ini.. InsyaAllah saya akan berusaha dlm melaksanakan tanggungjawab yg diberikan..

Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, terima kasih diucapkan kpd semua yg terlibat dlm menjayakan program kolej yg telah berlalu seperti Bengkel Pengurusan Etika dan Sukan Persahabatan di UiTM Cawangan Johor.. Tahniah kpd atlit2 yg berjaya menewaskan tuan rumah dan berusaha lagi utk SUKAM 2009 yg dianjurkan KRP sendiri.. Buat semua jawatankuasa SUTRA'09, saya doakan segalanya berjalan dgn lancar seperti yg dirancang.. Selamat berjaya!!

Sekian..

Saturday, February 14, 2009

Berfikir Sejenak...

Assalamualaikum dan Salam Harmoni...

Hmm, apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah mengenai isu-isu yang selalu bermain-main atau berlegar-legar di ruang minda kita saban hari. Adakah kita mampu untuk mencapai segulung ijazah yang kita harapkan suatu hari nanti? Apakah bekalan yang perlu kita bawa bersama-sama dalam menerjah arus gelombang yang begitu mendesak kita bagi mencapai objektif & motif tersebut? Adakah harapan & impian itu adalah semata-mata harapan & impian kita & ayahanda serta bonda atau hasrat ayahanda & bonda kita saja?

Fikir-fikirkanlah sejenak dalam kita merenung & menongkah arus yang serba canggih & mencabar ini. Adakah kita sebenarnya sudah bersedia dalam mengharungi detik-detik yang sememangnya kita tak terduga ianya bakal terjadi kelak? Bak kata pepatah, "tepuk dada tanyalah selera". Muhasabahlah diri kita sendiri saban hari. Sesungguhnya, saya berpesan kepada diri saya & anda semua agar kita saling ingat-mengingati di antara satu sama lain demi kebaikan bersama.

Fikir-fikirkan & renung-renungkan sementara masa masih ada.

Wassalam...

Aduan, Masalah Kebajikan Mahasiswa, Kecelaruan Dalam Menyelesaikan Pelbagai Masalah?

Assalamualaikum dan Salam Bahagia...

Alhamdulillah, akhirnya kita bersua kembali dalam ruangan ini. Pada kali ini, saya, wakil daripada pihak pengurusan pelajar, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra, ingin meuar-uarkan kepada anda semua, jikalau ada di antara anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah, aduan dan sebagainya yang membabitkan hal-hal kebajikan mahasiswa, jangan segan silu untuk terus bertemu dengan pihak kami. Insya Allah, pihak kami akan membantu sedaya termampu demi keselesaan & ketenteraman anda semua.

Akhir kata, wassalam...

Tuesday, February 10, 2009

Pengumuman Terkini Bagi SUTRA '09

Assalamualaikum dan Salam Pertemuan kepada semua...

Akhirnya, detik yang ditunggu-tunggu telah tiba. Penjualan tiket SUTRA '09 akan dilancarkan pada hari ini, Selasa, 10 Februari 2009, bertempat di hadapan Dewan Sri Meranti. Kepada sesiapa, terutamanya warga kolej yang ingin mendapatkan tiket tersebut bolehlah berbuat demikian bermula pada jam 9.00 malam ini.

Segala kesulitan yang ditimbulkan oleh pihak kami atas kelewatan penjualan tiket berkenaan amatlah pihak kami kesali.

Harap maklum.

Wassalam dan Salam Persahabatan kepada semua...

Monday, February 9, 2009

SUTRA '09: Kami Mohon Maaf...

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah...

Hai. Berjumpa lagi kita dalam sesi warkah kali ini. Bagaimana dengan cuti kalian baru-baru ini? Seronok tak? Mestilah seronok kan? Siapa yang tak suka cuti, betul tak? Baiklah. Bagi warkah kali ini, hanya ini saja yang ingin saya titipkan, iaitu penangguhan penjulan tiket SUTRA '09. Pihak kami amat memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh warga kolej semua.

Pihak kami menangguhkan penjualan tiket SUTRA ini atas sebab-sebab yang tidak dapat pihak kami elakkan sama sekali. Insya Allah, dalam masa terdekat ini, akan kami uar-uarkan kepada kalian semua tarikh penjualan tiket SUTRA ini. Harap kalian semua dapat bersabar baut sementara waktu ini.

Semoga kalian semua mampu mendapatkan tiket SUTRA ini hendaknya. Insya Allah.

Wassalam dan Salam Kemaafan daripada kami, warga AJK Pelaksana SUTRA '09, khasnya dan JKM Kolej Rahman Putra sesi 2009, amnya.

Ikhlas daripada kami untuk anda semua.

Permulaan Sebuah Epilog Erat...

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan...

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Kunjungan kami, warganegara Kolej Rahman Putra, merangkap wakil terhadap Universiti Teknologi Malaysia hadir menyembah di bumi UiTM Johor, Segamat ini. Kunjungan kami yang tiba di perkarangan UiTM sekitar jam 1 tengah hari disambut dengan senyuman oleh tuan rumah, yang diwakili oleh saudara Raedha, merangkap Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Sektor A. Kunjungan kami ke sana adalah menerima pelawaan dan undangan pihak mereka bagi mengadakan sukan persahabatan antara dua buah gergasi universiti di selatan tanah air ini dan secara tidak langsung juga, agenda ini turut sama diselitkan dengan sesi pertukaran maklumat di antara wakil Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra bersama-sama dengan wakil daripada JPK UiTM Johor sendiri.

Begitulah perjalanan sekilas gambaran yang diutarakan kepada anda semua. Sudah semestinya kunjungan kami ke sana sedikit sebanyak memberikan sedikit imput yang pastinya membuka minda dan idea dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami sendiri, sebagai badan organisasi pelajar di peringkat kolej. Seperti yang saya maklumkan di awal sesi warkah ini, seperti yang diketahui umum, setelah usainya agenda bersama dengan JPK UiTM, kami semua meneruskan agenda seterusnya, di mana sukan persahabatan di antara dua buah universiti ini dilangsungkan.

Terdapat 6 buah acara sukan yang dipertandingkan, iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling, Bola Tampar, Bola Keranjang dan Futsal, di mana hanya tiga acara saja yang dipertandingkan dalam dua kategori; Bola Tampar, Bola Keranjang dan Futsal dalam kategori lelaki dan wanita. Bola Sepak dan Bola Baling hanya dalam kategori lelaki manakala Bola Jaring dalam kategori wanita. Untuk makluman lanjut, acara sukan persahabatan ini merupakan acara yang akan dijalankan saban tahun sebagai acara rasmi di antara dua buah universiti ini, di mana sebuah piala pusingan secara rasminya diperkenalkan dan dipertontonkan di khalayak umum di UiTM Johor. Piala ini akan dibawa pulang dan disimpan oleh pihak universiti yang memenangi paling banyak acara sukan yang dipertandingkan.

Seperti yang dijangkakan, Kolej Rahman Putra, mewakili UTM telah membawa pulang piala berkenaan untuk edisi pertama ini. Alhamdulillah, berkat kerja keras pihak yang berkenaan dan para atlet yang berlatih bersungguh-sungguh, akhirnya membawa kepada kejayaan yang diimpikan oleh semua pihak. Di bawah ini, saya lampirkan keputusan acara-acara sukan yang dipertandingkan semasa pihak kami berada di sana:
Bola Sepak UTM menang
Bola Jaring UTM menang
Bola Baling UiTM menang
Bola Tampar (L) UTM menang
Bola Tampar (W) UTM menang
Bola Keranjang (L) UTM menang
Bola Keranjang (W) UTM menang
Futsal (L) UTM Menang
Futsal (W) UiTM menang

Itulah antara keputusan-keputusan yang dicapai oleh wakil UTM ke UiTM dalam slot sukan persahabatan berkkenaan. Diharapkan agar kejayaan-kejayaan sebegini mampu diraih dan diperoleh oleh Kolej Rahman Putra di masa-masa akan datang, Insya Allah. Tahniah dan syabas terhadap atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama Kolej Rahman Putra di persada universiti, khasnya. Semoga kejayaan yang dicapai mampu digapai dan ditingkatkan bagi mencapai visi dan misi kolej, khasnya dan universiti, amnya. Kepada mereka yang tidak berjaya, tidak mengapa. Masih ada waktu bagi kalian untuk menunjukkan kebangkitan kalian di sesi-sesi yang seterusnya jika diberi keizinan oleh-Nya. Insya Allah.

Sebelum saya mengundurkan diri dalam titipan warkah kali ini, ingin sekali saya sisipkan penghargaan terhadap warga kolej yang sanggup dan tampil ke hadapan dalam menyahut cabaran yang diberikan dalam menyertai kejohanan yang sebegini rupa. Semoga sokongan yang kalian berikan mampu menjana impak positif terhadap warga kolej yang lain dalam menyahut cabaran bersama-sama demi membangunkan diri, khasnya dan membawa nama dan maruah kolej ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Kepada para penyokong yang sanggup menggadaikan masa emas mereka datang bersama-sama, beriringan ke UiTM Johor ini demi memberikan semangat dan sokongan padu terhadap atlet kolej kita, ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga saya sematkan terhadap kalian semua. Tanpa kalian semua, siapalah kami di sini.

Baiklah. Cukup setakat di sini saja warkah baut kali ini. Semoga kita berjumpa lagi. Akhir kata, sahutlah cabaran yang diberikan untuk membuktikan sejauh mana kemampuan diri kita sendiri. Fikir-fikirkanlah sejenak bait-bait ayat tersebut.

Wassalam dan Salam Ukhuwah...

Wednesday, February 4, 2009

JKM???? macam busy je~ (biro kebudayaan, kesenian dan perpaduan)


JKM???
JKM??
"mesti busy kann"

Haha~ berjumpa kita untuk kali pertama dalam blogspot JKM KRP ni ye~
Kali ni, saya nak bercakap tentang kesibukan jkm~

Memang tak dinafikan, menjadi seorang JKM, memang sangat busy..... Kadang2 sekali ada 2-3 meeting sekali gus.... rasa nak bahagi 2 jek badan ku yang 1 ini~
(from left, shahrul,haffiz,rafiq(me), taufik)

hoho

Kalau nak cakap pasal penat, hmm.... tak payah cakap laaa~ memang penat~! kadang2 meeting
sampai pukul 2 pagi~


tapi~

sebenarnya kesibukan ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada kita~
haaa~
kenapa, tak percaya??

Percayalaaa~~~

dengan kesibukan ini, saya rasa, saya menjadi seorang yang lebih tidak suka bertangguh~

haaa~!!

just, kita kena set in mind, kalo rase nak bertangguh tu,
"eh, baik aku wat keje ni cpat2 kang JKM tibe2 adhoc~ Bukan bley caye JKM ni"
haha
Nampak macam JKM jahat ek? tapi bukan nak kata jahat, just dats da truth mann(i mean banyak ad hoc laaa)
kadang2 JKM ni banyak adhoc-nya berbanding dengan program2 yang mmng kita tahu~!!!

Jadi, secara tidak langsung, kita akan menjadi lebih bersedia, tak bertangguh dan
MANTAP SEYH~! so, bagi yang nak jadi berbelah bahagi nak jadi JKM next year, think about it you guys~!!!!

dats all folkS~!!!
See ya around~!

<3<3<3<3
rafiq ramlee
<3 <3 <3<3