Tuesday, March 31, 2009

Ke Mana Menghilangnya Diri Ini?

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah kepada anda semua...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama kembali mengutarakan sebarang hebahan maklumat, informasi dan idea dalam cetusan minda dan lembaran teknologi pada kali ini. Moga-moga, dapatlah kita bertemu dengan sekerap mungkin dalam ruangan ini di masa muka kelak. Insya Allah.

Baiklah, untuk edisi kali ini, saya ingin mendokumentasikan beberapa program atau agenda yang telah dilaksanakan oleh pihak kami, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra. Untuk makluman dan pengetahuan pihak kalian semua, berikut adalah sinopsis ringkas mengenai program-program tersebut:

Kem Kecemerlangan 2009
Anjuran: Biro Pendidikan & Akademik
Tarikh: 27 Feb, 28 Feb & 1 Mac 2009
Lokasi: Kem Rebutia, Gombak, Selangor Darul Ehsan
Sinopsis Program: Program ini diadakan bersempena untuk meningkatkan kembali sebilangan para pelajar yang menginap Kolej Rahman Putra dalam aspek akademik mereka. Kategori pemilihan pelajar ini adalah melalui beberapa peringkat saringan yang dirasakan perlu oleh Biro Pendidikan & Akademik sambil dibantu oleh Pengetua Kolej, Felo Penasihat Program dan Penolong Pengurus Asrama. Seperti mana yang diutarakan di awal pengenalan sinopsis program ini, kem ini dianjurkan bagi meningkatkan prestasi akademik para pelajar kolej dalam mengharungi masa-masa yang ada di laman akademik pengajian tinggi.

Sambutan Maulidur Rasul 2009 (SAMUDRA '09)
Anjuran: Biro Kerohanian
Tarikh: 6 Mac 2009
Lokasi: Dewan Sri Meranti, Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia
Sinopsis Program: Sambutan Maulidur Rasul atau nama akronimnya, SAMUDRA, dilaksanakan buat kali kedua berturut-turut semenjak kewujudannya pada tahun lepas. Konsep program kali ini tidak dianjurkan berstatus mega seperti yang pernah dilaksanakan pada edisi lepas, namun, pelaksanaan program pada kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh seluruh warga kolej, khasnya dan warga kampus, umumnya. Ceramah yang dirancang bagi mengisi slot program ini adalah mengenai Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw, yang diamanahkan oleh Allah swt untuk mengajak manusia ke arah kebenaran hidup.

Lawatan Kebajikan ke Institut Jantung Negara (IJN) & Rumah Siraman Kasih
Anjuran:
Biro Kebajikan & Kemasyarakatan
Tarikh: 21 Mac-22 Mac 2009
Lokasi: Institut Jantung Negara (IJN) dan Rumah Siraman Kasih, Kuala Lumpur
Sinopsis Program: Berteraskan konsep kesedaran mahasiswa terhadap persekitaran masyarakat sekeliling, Biro Kebajikan & Kemasyarakatan mengambil langkah yang proaktif dalam melaksanakan program yang sebegini. Dengan pelbagai agenda dan perancangan yang dijadualkan oleh pihak jawatankuasa pelaksana program dalam menjana kewangan dan idea bagi memastikan program sebegini mampu membawa mahasiswa, khasnya kembali semula ke persada persekitaran masyarakat yang sememangnya memerlukan keprihatinan kita dalam menerjah arus yang serba moden kini. Sesungguhnya, program ini adalah merupakan salah satu program berkonsepkan khidmat masyarakat yang membawa tatacara pelaksanaan yang berbeza.

Begitulah serba sedikit sedutan pelaksanaan program yang telah dilaksanakan oleh mahasiswa kolej. Insya Allah, jikalau ada kekangan masa dan waktu, akan saya muatkan dalam edisi-edisi penulisan yang akan datang. Sebelum diri ini mengundurkan diri, selamat mengulang kaji pelajaran kepada anda semua. Berbekalkan baki-baki masa yang ada sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester 2 sesi 2008/2009 ini, anda gunakanlah masa yang ada dengan sebaik-baiknya agar segala azam yang diniatkan di awal pengajian kita dapat ditunaikan. Insya Allah.

Akhir kalam, Wassalam dan Salam Ceria.

Thursday, March 26, 2009

PESTA KONVOKESYEN KE 42..UTM

SALAMUALAIK DAN SALAM SEJATHERA...
utk pengetahuan semua warga kolej...satu pesta konvokesyen akan berlangsong pd 26 hingga 29 mac...
sempena dgn itu...jkm krp biro keusahawanan akn mengadakan satu jualan bunga bertemapat di agora....
byk bunga yg kitorang akn jual...
mari lah same2 memeriahkan pesta konvo...
28&29 mac 2009
DATARAN AGORA...
jualan bunga2 segar,bunga hiasan(cantik2 sume)...
jualan patung konvokesyen(comey gler)
jualan bantal konvo(kiuut gler)
kad ucapan...
dan mcm2 laghi...
jumpa di sana!!!

Tuesday, March 3, 2009

Nantikan Kemunculan Edisinya...

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah...

Hmm, apa khabar anda semua? Semoga sihat hendaknya, Insya Allah. Bertemu lagi kita dalam ruangan kali ini. Bagi edisi kali ini, saya tidak mahu menulis dengan perenggan dan baris-baris ayat yang panjang, namun hanyalah sekadar untuk memberikan sedikit pengumuman saja.

Pertama:
Kepada seluruh warga kolej, anda diminta untuk ke pejabat kolej bagi mendapatkan borang permohonan kuota pengetua. Tarikh tutup penghantaran borang yang lengkap diisi adalah sebelum atau pada 10 Mac 2009.

Kedua:
Kolej Rahman Putra akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM) ke 17 pada semester hadapan. Jadi, pastikan bahawa anda semua sentiasa mengemas kini dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan program berkenaan untuk informasi selanjutnya.

Ketiga:
Tanggal 21 dan 22 Mac 2009 nanti, Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Rahman Putra akan menganjurkan sebuah lawatan kebajikan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Kepada seluruh warga kolej yang berminat, harap anda semua dapat mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan program berkenaan kerana tempat untuk lawatan berkenaan adalah terhad.

Sekian untuk bicara dan makluman pada kali ini.

Wassalam dan Salam Mesra.

Sunday, March 1, 2009

Berlabuh Sudah Tirai SUTRA '09

Assalamualaikum dan Salam Mesra kepada anda semua...

Alhamdulillah, kita bertemu kembali dalam ruangan blog edisi kali ini. Akhirnya, dengan izin daripada-Nya dapat jua program SUTRA '09 dilaksanakan dan dianjurkan mengikut spesifikasi dan ketentuan serta ketetapan perancangan yang ingin dipersembahkan. Semoga, dengan program ini mampu memberikan impak terhadap golongan sasaran yang ingin dicapai oleh pihak penganjur program. Insya Allah.

Kepada semua tetamu yang hadir pada malam penuh gilang-gemilang dan warna-warni tersebut, saya mewakili seluruh ahli jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kerana tanpa sambutan dan sokongan daripada pihak anda, tidak mampu rasanya bagi kami untuk merealisasikan program tersebut dari atas sekeping kertas putih ke pentas realiti dan kaca mata anda semua. Terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua.

Tidak dilupa juga kepada seluruh krew dan warga kerja pelaksana SUTRA '09 yang bertungkus-lumus, bergolok-gadai segala-galanya; masa, tenaga, kewangan dan sebagainya yang berkaitan dengan program ini. Segala jasa dan pengorbanan kalian amatlah pihak kami hargai dan semoga hubungan yang baik ini dapat diteruskan sehingga ke akhirnya. Insya Allah. Tanpa kalian yang berdiri utuh melaksanakan program yang sebegini besar ini, siapalah kami yang berada di atas tanpa adanya sokongan yang padu yang bermula dari akar umbi. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan, ikhlas daripada hati nurani saya sendiri.

Akhir kalam bicara, semoga penganjuran konsep SUTRA akan datang mampu membawa perubahan yang mencerminkan imej mahasiswa yang berketrampilan dalam mengharungi segala cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi kelak. Kepada seluruh penerima anugerah, tahniah saya ucapkan dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Anda masih lagi mempunyai masa dan ruang untuk memperbaiki dan memulakan langkah yang baru untuk menjadi salah seorang yang lebih berjaya kelak. Insya Allah. Diharapkan agar penganjuran SUTRA akan datang mampu melaksanakan program yang lebih baik berbanding program-program sebelum ini. Insya Allah.

Semoga berjaya untuk penganjuran SUTRA edisi akan datang dan sehingga bertemu kembali.

Wassalam dan Salam Ukhuwah...