Thursday, July 23, 2009

Ayah Timbalan Ketua Biro Keusahawanan JKM KRP Maut Dalam Kemalangan

saudari Amalina yang sentiasa ceria

KRP UTM, 22 Julai- Sayu hati seluruh warga JKM KRP apabila mendapat berita yang sungguh menyedihkan ini. Sungguh tidak disangka-sangka saudari Nur Amalina binti Mazlan, Timbalan Ketua Biro Keusahawanan JKM KRP yang sentiasa ceria, hari ini telah menerima satu dugaan hebat melalui berita kematian ayahandanya yang tercinta.

Kami dimaklumkan bapa Amalina telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu petang tadi. Semasa kejadian, bapa beliau sedang menaiki motosikal. Mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, En Syamsul Hendra b. Mahmud, Felo Penasihat JKM KRP telah menguruskan perjalan pulang saudari Amalina ke kampung halaman di Terengganu. Saudari Amalina telah bertolak pulang dari Kolej pada jam 8.40 pm menggunakan kenderaan Fortuner HEP A dan ditemani empat orang sahabat JKM. Beliau dijangka tiba di Terengganu pada jam 4 pagi nanti.

Namun, ibu saudari Amalina memaklumkan bahawa jenazah mangsa akan dikebumikan pada malam ini juga atas nasihat Doktor. Saudari Amalina dijangka tidak sempat untuk menatap wajah mangsa.

Takziah diucapkan kepada saudari Amalina sekeluarga.

*Solat berjemaah Mahgrib dan Isyak berjemaah serta bacaan tahlil akan diadakan esok (23 Julai 2009) di Dewan Seri Meranti, KRP. Semua dijemput hadir

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Timbalan Bendahari
Jawatkuasa Kolej Mahasiswa
Kolej Rahman Putra
Universiti Teknologi Malaysia

No comments:

Post a Comment