Thursday, July 23, 2009

Gotong-Royong JKM KRP

KRP UTM, 19 Julai- Seramai 17 orang ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KRP hari ini telah menyertai aktiviti gotong-royong bagi mengemas bilik-bilik dibawah jagaan JKM KRP. Usaha ini dilakukan kerana keadaan bilik JKM dan Stor aset yang sudah tidak teratur.

Gotong bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Memandangkan keadaan stor aset lebih mendukacitakan dan kerja yang akan dilakukan agak berat, JKM lelaki telah ditugaskan untuk mengemas stor aset manakala JKM wanita mengemas di bilik JKM.

Banyak barang telah dilupuskan antaranya kertas risalah lama, buku majalah lama, kotak-kotak buruk, kayu-kayan dan bahan masakan yang sudah tamat tempoh. Kira-kira jam 11.30 pagi, JKM lelaki sudah berjaya menyelesaikan kerja mengemas di bilik stor aset. Kemudian JKM lelaki membantu JKM wanita mengemas bilik JKM.

Pukul 12 tengah hari, aktiviti mengemas diberhentikan bagi mengisi keperluan perut iaitu makan. Sedikit jamuan ringan berupa roti canai dan air sirap serta the telah disumbangkan oleh saudara Taufiq dan saudari Siti.

Sambil menjamu selera, JKM KRP juga mengadakan mesyuarat tidak formal bagi mambincangkan program yang akan diadakan pada 20 Julai ini 9 malam iaitu majlis Hari Terbuka KRP yang melibatkan pengenalan dan pendaftaran sebagai ahli-ahli kelab-kelab di KRP. Mesyuarat di pengerusikan oleh saudari Khairina ‘Izzati selaku Naib Pengerusi 2 (Aktiviti) JKM KRP merangkap pengarah program pada malam itu. Program akan berlangsung di Dewan Seri Meranti.


cukuplah gambar ini bagi menceritakan keadaan stor aset

Tambahan : Stor Aset JKM adalah di bawah tanggung jawab Mohd Ainuddin bin Khairuddin selaku Timbalan Bendahari JKM JRP.

Mohd Ainuddin bin Khairuddin 
Timbalan Bendahari 
Jawatkuasa Kolej Mahasiswa 
Kolej Rahman Putra
Universiti Teknologi Malaysia

No comments:

Post a Comment